Khamis, 18 Oktober 2012

SAMBUNGAN KE 10..............................

Berlaku juga kemalangan yang meragut nyawa walaupun kenderaan yang boleh dikira ketika itu.Penduduk yang sering menumpang lori2 bijih besi untuk kedarat(kg Kijang keatas) dari kedai kerambit telah mengundang bahaya.Mazlan anak Pak Ngah Mahmud mengikut ibunya ke Kijang dan dalam perjalanan pulang kemalangan telah terjadi.Mazlan yang bersama ibunya,mazhar kassim,ziah ahmad,bidan rahmah,dan beberapa orang lagi menumpang lori bijih yang dipandu oleh lelaki cina.Selepas melalui bukit jering lori yang muatan bijih telah terbalik bersama dengan penumpangnya sekali.Mazlan yang duduk dibelakang telah mendapat kecederaan teruk dikepala dan meniggal dunia.Dikatakan otak dari kepala bertaburan dijalan dan dikutip untuk dikebumikan bersama jenazahnya.Sehingga sekarang tempat kemalangan itu dinamakan BUKIT ARWAH MAZLAN.Batu besar yang sedia ada dibukit tersebut menambahkan berbagai cerita seram oleh penduduk kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan